Tuesday, May 12, 2009

hari ibu .

"kak, yang ini satu berape ye?" tanya maimunah kepada penjual tudung itu.

"ouuuhhh, yang ni rm15 dik, nak ke?" balas penjual itu.

"err, kalau saya mintak kurang smpi rm10 boleh tak kak?" sambung maimunah.

"eh, mane bole adik, banyak sangat tu, mana akak nak carik makan lepas ni? kalau nak adik ambik yang inilah, yang ni harganya rm12, tp kakak bagi adik rm10 je." balas penjual itu sambil menghalakan ke tudung yang lain.

"haa, yang ini pun cantik jugak, oklah akak, saya ambik yang ini" maimunah tersenyum.

hujung minggu itu, maimunah telah melangkahkan kakinya ke pekan untuk mencari hadiah untuk dihadiahkan kepada ibunya, sempena hari ibu yang bakal menjelang.
walaupun sibuk dengan urusan menjaga makan minum ibu dan dia sendiri, maimunah tidak pernah sekali pun terlupa hari hari istimewa mengenai ibunya. hari lahir, hari ibu sering di ingatannya.
walaupun pada tahun ini, maimunah akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dia langsung tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan juga seorang pelajar.

Esok, persekolah seperti biasa.

kawan sapiah : eh sapiah, dengar cerita kau belikan mak kau loket emas, betol ke?

Sapiah : eh mana kau tau? ha'ah, aku minta sikit dari bapak aku, pastu aku bagi dekat dia, bukan main suka lagi dia tau. kau bagi apa dekat mak kau?

kawan sapiah : aku bagi dia baju idaman dia, dah lama aku tau dia suka baju sutera tu. abis jugaklah bapak aku bayar, sampai rm400.

Sapiah : ala, takpela.. kita kan orang kaya. ahahahahahaha (gelak bongkak)

maimunah yang kebetulan melalui kawasan itu begitu terkejut mendengar hadiah hadiah yang diberikan oleh sapiah dan kawannya kepada ibu mereka. dia sedikit terkilan kerana jauh di sudut hatinya, dia juga mengimpikan untuk memberikan hadiah sebegitu kepada ibunya. apakan daya, dia sama sekali tidak mampu. bersarakan kerja menjual nasi lemaknya itu sahaja tidak cukup untuk membeli hadiah sebegitu.
sedang maimunah mengenang nasib diri, mustapha menegurnya dari belakang,

mustapha : hai cik adik, sorang je ke? jom jalan jalan.

maimunah : ish awak ni mus, saya tak boleh la, saya ada hal sikit, nak pegi tolong cikgu mastura. dia perlukan bantuan saya. saya balik lambat sikitla kot hari ini.

mustapha : tolong ape? boleh saya tolong skali? please please please !

maimunah : elok jugak tu, lagi ramai lagi bagus. lagi cepat abis kerja saya.

mustapha : tapi saya nak mintak tolong awak jugakla mun.

maimunah : tolong apa?

mustapha : saya nak mintak awak teman saya ke pekan, saya nak beli hadiah hari ibu.

maimunah : untuk ibu awak?

mustapha : taklah untuk adik saya, eh minah ! mestilah untuk ibu. haish, minah ni ngok betol la !

maimunah : oklah.

mereka berdua beredar dan terus berjumpa cikgu mastura untuk membantunya. setelah selesai menolong cikgu mastura, mereka bergegas ke pekan sebelum maghrib tiba.
maimunah telah memilih seutas rantai, walaupun bukan emas, berlian atau perak, ia tetap cantik dan menarik untuk dikenakan.
mustapha begitu berterima kasih kepada maimunah dan menawarkan dirinya untuk menghantar maimunah pulang ke rumahnya.

setibanya di rumah maimunah

maimunah, mustapha : thanks (serentak)

mustapha : errr, takpe takpe. munah..

maimunah : (tersenyum) ye awak?

mustapha : saya rasa saya dah jatuh hati dekat awak, okay bye saya balik dulu ! kirim salam dekat makcik kalsom ! (terus beredar)

maimunah : eh ! (musykil, tapi tersenyum)

maimunah terus melangkahkan kakinya ke rumah sambil memberi salam.

"ASSALAMUALAIKUM, mak?"

"WAALAIKUMSALAM. nak, mak kat sini sayang" balas pn kalsom, sambil terbaring.

"mak, munah ada sesuatu nak beri kepada mak. tapi mak tutup mata dulu tau. bila munah kata bukak mak bukak la seluas luasnya. okay? " kata munah dengan nada gembira.

lantas munah mengambil hadiah yang dibelinya itu di dalam biliknya. senyuman tidak lekang dari wajahnya.

"okay, munah kira sampai 3, mak bukak mata okay. 1, 2, 3! tadaaa !" suruh munah kepada ibunya.

"err, mak , mak ! ooo mak, mak janganla tidur mak. da boleh bukak mata da mak. tengok ! munah belikan mak tudung ni mak, warna kegemaran mak. mak janganla tidur dlu mak. mak, bukakla mata mak. mak, kan munah da kira sampai 3, mak da boleh bukak mata. mak tgkla ni mak. mak........"

sekelip mata ibunya yang tidak terbuka kembali telah meninterprasikan segala-galanya.
pemergian pn kalsom tanpa sepatah perkataan kecuali jawab salamnya kepada munah, begitu menusuk kalbu maimunah. jiwanya seakan - akan tidak dapat menerima, kejadian yang menimpa dirinya begitu besar untuk dia terima.
ibunya pergi untuk selama - lamanya.

bersambung...


gambar hiasan :)

5 comments:

  1. kenapa mak maimunah msti mati??
    xadil2...
    umm..
    sedey....
    :"(

    ReplyDelete
  2. tp tertnye2 gak..
    kaler ape tdg yg mun beli eh?

    ReplyDelete
  3. :'( yo x bg mak yo pape except for a kiss. heih. apela shira so sad ok. is that ur mum?comel :)

    ReplyDelete
  4. yes yo, thts my mom :)

    kinda, baru perasan makan dalam gak. ahahahaha

    ReplyDelete