Monday, April 6, 2009

hujung minggu

2 tahun seterusnya,

"nenek nenek si bongkok tua,

siang malam asyik berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dgn anak raja"

sekumpulan anak - anak gadis kampung bermain dgn girang. diperhatikan munah yang sedang menuggu pelanggan di tepi jalan. nasi lemak yang masih byk itu spt tidak berusik. sepanjang hujung minggu nya hanya dipenuhi dgn kerja sambilan.

gadis tidak berkemampuan sepertinya hanya mampu menenung dan senyum dari jauh. walaupun baru berusia 9 tahun, munah telah mula bekerja. demi untuk sesuap nasi dan membiayai pembelajarannya juga untuk membantu ibunya yang sedang sakit.

"munah, bagi nasi lemak sotong 2 bungkus" minta pakcik dol.
lantas munah membungkus untuk pakcik dol yang sdg menunggu, setelah siap segera dia menghulurkan kepada pakcik dol.
"saya jual ye pakcik, terima kasih" kate munah
"saya beli" balas pakcik dol, lantas beredar
"eh pakcik, baki!" munah bersuara dgn agak terkejut
pakcik dol dari jauh hanya melambaikan tangan dgn senyuman ikhlas terukir di bibir.
munah tersenyum dan bersyukur.

"OYY munah! kau ni, orang lain main nenek tua kau jual nasi lemak, bukan sedap pon nasi lemak kau, nak minta simpati laa tuuu!"
pekik Sapiah dari jauh.
Sapiah merupakan rakan sesekolah dgn maimunah, merupakan anak kepada kawan baik ibu mustapha, mak ngah ani. seorg yang gedik dan mengada-ada. Namun, dia lebih berketerampilan dari maimunah, anak orang kaya yang suka mengecilkan maimunah, mengejek dan mengarah munah.

tepat jam 2ptg,

nasi lemak byk lebihan, munah hanya menahan sebak kerana banyak yang terbazir. namun begitu dia tidak mampu untuk berbuat apa - apa kerana dia terpaksa mengambil upah basuh kain, mengemas rumah mak ngah ani. Dengan lantasnya dia mengemaskan bahan - bahan nya dan berjalan pulang ke rumah.

"krrrrinng krrringgg"
bunyik basikal dari belakang maimunah menarik nya untuk melihat siapakah yang menunggang basikal tersebut.

rupa - rupanya,

mustapha : feewit, byk jual hari ni?

munah : tak banyaklaa, ok ok je. kau dari mana ni?

mustapha : dari rumah aman. kau nak pulang ke?

munah : taklah, aku nak pegi rumah mak ngah ani ni.

mustapha : jom laa naik dengan aku, kesian kau, bekas - bekas tu biar aku terus hantar pegi rumah kau. nak?

munah : eh takpelah mus, susahkan kau je. takpe takpe, biar aku jalan jeee.

mustapha : takleh takleh, jom naik aku. cepat. WAJIB!

munah : errr....

lalu munah dgn segan silu nya menumpang mustapha.
mustapha terus memecut laju beredar dari situ.
sedang mereka dalam perjalanan ke rumah mak ngah ani dgn gembira, sapiah memerhati dengan mata penuh dengki.

"kau mmg tak guna, dahla mengada - ada naik basikal dgn jantan! dgn mustapha pulak tu, dia tu kan aku punyaaaaa! , siapla kau bila aku balik rumah nanti! ERGHHH!" sapiah bermonolog dalaman.

bersambung..

1 comment: