Tuesday, May 12, 2009

hari ibu .

"kak, yang ini satu berape ye?" tanya maimunah kepada penjual tudung itu.

"ouuuhhh, yang ni rm15 dik, nak ke?" balas penjual itu.

"err, kalau saya mintak kurang smpi rm10 boleh tak kak?" sambung maimunah.

"eh, mane bole adik, banyak sangat tu, mana akak nak carik makan lepas ni? kalau nak adik ambik yang inilah, yang ni harganya rm12, tp kakak bagi adik rm10 je." balas penjual itu sambil menghalakan ke tudung yang lain.

"haa, yang ini pun cantik jugak, oklah akak, saya ambik yang ini" maimunah tersenyum.

hujung minggu itu, maimunah telah melangkahkan kakinya ke pekan untuk mencari hadiah untuk dihadiahkan kepada ibunya, sempena hari ibu yang bakal menjelang.
walaupun sibuk dengan urusan menjaga makan minum ibu dan dia sendiri, maimunah tidak pernah sekali pun terlupa hari hari istimewa mengenai ibunya. hari lahir, hari ibu sering di ingatannya.
walaupun pada tahun ini, maimunah akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dia langsung tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan juga seorang pelajar.

Esok, persekolah seperti biasa.

kawan sapiah : eh sapiah, dengar cerita kau belikan mak kau loket emas, betol ke?

Sapiah : eh mana kau tau? ha'ah, aku minta sikit dari bapak aku, pastu aku bagi dekat dia, bukan main suka lagi dia tau. kau bagi apa dekat mak kau?

kawan sapiah : aku bagi dia baju idaman dia, dah lama aku tau dia suka baju sutera tu. abis jugaklah bapak aku bayar, sampai rm400.

Sapiah : ala, takpela.. kita kan orang kaya. ahahahahahaha (gelak bongkak)

maimunah yang kebetulan melalui kawasan itu begitu terkejut mendengar hadiah hadiah yang diberikan oleh sapiah dan kawannya kepada ibu mereka. dia sedikit terkilan kerana jauh di sudut hatinya, dia juga mengimpikan untuk memberikan hadiah sebegitu kepada ibunya. apakan daya, dia sama sekali tidak mampu. bersarakan kerja menjual nasi lemaknya itu sahaja tidak cukup untuk membeli hadiah sebegitu.
sedang maimunah mengenang nasib diri, mustapha menegurnya dari belakang,

mustapha : hai cik adik, sorang je ke? jom jalan jalan.

maimunah : ish awak ni mus, saya tak boleh la, saya ada hal sikit, nak pegi tolong cikgu mastura. dia perlukan bantuan saya. saya balik lambat sikitla kot hari ini.

mustapha : tolong ape? boleh saya tolong skali? please please please !

maimunah : elok jugak tu, lagi ramai lagi bagus. lagi cepat abis kerja saya.

mustapha : tapi saya nak mintak tolong awak jugakla mun.

maimunah : tolong apa?

mustapha : saya nak mintak awak teman saya ke pekan, saya nak beli hadiah hari ibu.

maimunah : untuk ibu awak?

mustapha : taklah untuk adik saya, eh minah ! mestilah untuk ibu. haish, minah ni ngok betol la !

maimunah : oklah.

mereka berdua beredar dan terus berjumpa cikgu mastura untuk membantunya. setelah selesai menolong cikgu mastura, mereka bergegas ke pekan sebelum maghrib tiba.
maimunah telah memilih seutas rantai, walaupun bukan emas, berlian atau perak, ia tetap cantik dan menarik untuk dikenakan.
mustapha begitu berterima kasih kepada maimunah dan menawarkan dirinya untuk menghantar maimunah pulang ke rumahnya.

setibanya di rumah maimunah

maimunah, mustapha : thanks (serentak)

mustapha : errr, takpe takpe. munah..

maimunah : (tersenyum) ye awak?

mustapha : saya rasa saya dah jatuh hati dekat awak, okay bye saya balik dulu ! kirim salam dekat makcik kalsom ! (terus beredar)

maimunah : eh ! (musykil, tapi tersenyum)

maimunah terus melangkahkan kakinya ke rumah sambil memberi salam.

"ASSALAMUALAIKUM, mak?"

"WAALAIKUMSALAM. nak, mak kat sini sayang" balas pn kalsom, sambil terbaring.

"mak, munah ada sesuatu nak beri kepada mak. tapi mak tutup mata dulu tau. bila munah kata bukak mak bukak la seluas luasnya. okay? " kata munah dengan nada gembira.

lantas munah mengambil hadiah yang dibelinya itu di dalam biliknya. senyuman tidak lekang dari wajahnya.

"okay, munah kira sampai 3, mak bukak mata okay. 1, 2, 3! tadaaa !" suruh munah kepada ibunya.

"err, mak , mak ! ooo mak, mak janganla tidur mak. da boleh bukak mata da mak. tengok ! munah belikan mak tudung ni mak, warna kegemaran mak. mak janganla tidur dlu mak. mak, bukakla mata mak. mak, kan munah da kira sampai 3, mak da boleh bukak mata. mak tgkla ni mak. mak........"

sekelip mata ibunya yang tidak terbuka kembali telah meninterprasikan segala-galanya.
pemergian pn kalsom tanpa sepatah perkataan kecuali jawab salamnya kepada munah, begitu menusuk kalbu maimunah. jiwanya seakan - akan tidak dapat menerima, kejadian yang menimpa dirinya begitu besar untuk dia terima.
ibunya pergi untuk selama - lamanya.

bersambung...


gambar hiasan :)

Tuesday, April 21, 2009

penjelasan

rakan rakan,

this blog will come out with the new entry after 10th may or earlier.
just not at this close moment.
because im focusing on my final exams.

because once a last minute person, will always a last minute person.

:)

Monday, April 6, 2009

hujung minggu

2 tahun seterusnya,

"nenek nenek si bongkok tua,

siang malam asyik berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dgn anak raja"

sekumpulan anak - anak gadis kampung bermain dgn girang. diperhatikan munah yang sedang menuggu pelanggan di tepi jalan. nasi lemak yang masih byk itu spt tidak berusik. sepanjang hujung minggu nya hanya dipenuhi dgn kerja sambilan.

gadis tidak berkemampuan sepertinya hanya mampu menenung dan senyum dari jauh. walaupun baru berusia 9 tahun, munah telah mula bekerja. demi untuk sesuap nasi dan membiayai pembelajarannya juga untuk membantu ibunya yang sedang sakit.

"munah, bagi nasi lemak sotong 2 bungkus" minta pakcik dol.
lantas munah membungkus untuk pakcik dol yang sdg menunggu, setelah siap segera dia menghulurkan kepada pakcik dol.
"saya jual ye pakcik, terima kasih" kate munah
"saya beli" balas pakcik dol, lantas beredar
"eh pakcik, baki!" munah bersuara dgn agak terkejut
pakcik dol dari jauh hanya melambaikan tangan dgn senyuman ikhlas terukir di bibir.
munah tersenyum dan bersyukur.

"OYY munah! kau ni, orang lain main nenek tua kau jual nasi lemak, bukan sedap pon nasi lemak kau, nak minta simpati laa tuuu!"
pekik Sapiah dari jauh.
Sapiah merupakan rakan sesekolah dgn maimunah, merupakan anak kepada kawan baik ibu mustapha, mak ngah ani. seorg yang gedik dan mengada-ada. Namun, dia lebih berketerampilan dari maimunah, anak orang kaya yang suka mengecilkan maimunah, mengejek dan mengarah munah.

tepat jam 2ptg,

nasi lemak byk lebihan, munah hanya menahan sebak kerana banyak yang terbazir. namun begitu dia tidak mampu untuk berbuat apa - apa kerana dia terpaksa mengambil upah basuh kain, mengemas rumah mak ngah ani. Dengan lantasnya dia mengemaskan bahan - bahan nya dan berjalan pulang ke rumah.

"krrrrinng krrringgg"
bunyik basikal dari belakang maimunah menarik nya untuk melihat siapakah yang menunggang basikal tersebut.

rupa - rupanya,

mustapha : feewit, byk jual hari ni?

munah : tak banyaklaa, ok ok je. kau dari mana ni?

mustapha : dari rumah aman. kau nak pulang ke?

munah : taklah, aku nak pegi rumah mak ngah ani ni.

mustapha : jom laa naik dengan aku, kesian kau, bekas - bekas tu biar aku terus hantar pegi rumah kau. nak?

munah : eh takpelah mus, susahkan kau je. takpe takpe, biar aku jalan jeee.

mustapha : takleh takleh, jom naik aku. cepat. WAJIB!

munah : errr....

lalu munah dgn segan silu nya menumpang mustapha.
mustapha terus memecut laju beredar dari situ.
sedang mereka dalam perjalanan ke rumah mak ngah ani dgn gembira, sapiah memerhati dengan mata penuh dengki.

"kau mmg tak guna, dahla mengada - ada naik basikal dgn jantan! dgn mustapha pulak tu, dia tu kan aku punyaaaaa! , siapla kau bila aku balik rumah nanti! ERGHHH!" sapiah bermonolog dalaman.

bersambung..

berputik

7 tahun kemudian,

"mak mak, mase mun balik tadi kan, si mustapha anak pakcik dol yg kaye tuh dengan geng2 die kacau - kacau mun. mentang2 dorg ade basikal. mun tak suke la die tu mak"
kate maimunah yg sudah menjejaki darjah 1. Pn.Kalsom hanya memandang dgn senyuman "malas aku nak layan". Mustapha pule anak lelaki orang kaye kampung, Dollah secare kebetulannya pergi ke sekolah yang sama dengan maimunah. Mustapha sering menunjuk nunjuk kekayaan yang die perolehi kepada maimunah yang mennyebabkan kemarahan maimunah membuak - buak.

di suatu malam di rumah pakcik dol,
"daddy daddy, si munah itu knape die pegi sekolah jalan kaki? x penat ke die nnti?" tanye mustapha kepada bapanya dgn angkuh.
"biasalah mus, org tu tak mampu mus. naik ajelah ape yang ade. daddy rase, munah tuh tabah orangnye. setakat jalan kaki ke sekolah itu bukan perkare yang susah utk die. yang penting untuk die ilmu yang die terime. kte ni mus, kalau nak berjaye mestila bersusah - susah sikit." jawab pakcik dol.
"kalau macam tu daddy, mus nak jalan kaki je lah ke sekolah, boleh ayah?" tanya mustapha.
"tak payahlah, penatnye daddy belikan kamu basikal. nanti siapa pulak yang nk menunggangnye?" jawab pakcik dol.

Keesokan harinya,
maimunah melangkah keluar dari rumah dgn penuh keazaman untuk menimba ilmu. setelah separuh perjalanan dia terserempak dengan mustapha dan geng geng basikal 'lerun' nye. "eh munah, apa kate kau naik basikal aku ni, aku tumpangkan kau sampai sekolah. mau x?" pekik mustapha kepada maimunah. "tak usahlah mus, susahkan kau je. lagipun dah nak sampai da ke sekolah ni. yang kau baik sangat dgn aku ni apehal?" jawab maimunah. "aku bukan baik dengan kau, bapak aku kate, kalau nak berjaye kene bersusah. jadi, kalau aku susahkan diri aku membonceng kau. aku pasti akan berjaya suatu hari nanti, btol x kwn-kwn?" mustapha mereply. "ah sudahlah, malas aku nak melayan kau org semua, lambat jugk aku smpi nanti" jawab maimunah.

Petang itu,
"alamak! sudah pukul 5 ptg. mak aku mesti risau ni aku tak balik2." kate munah kepada dirinya sendiri.
maimunah segerakan langkah nya. kebiasaannya maimunah akan pulang ke rumah sebelum 5 ptg, oleh kerana membantu rakannya yang telah didenda gurunya, Pn Siti menyiapkan kerja sekolah dia menjadi alpa dan tidak sedar masa sudah berlalu. sewaktu dalam perjalanan munah terserempak lagi dgn mustapha "munah, kau da lambat ke? marilah aku tumpangkan kau. " kata mustapha. "ermmm, takpeke?" balas munah. "jangan byk songeh laaa. mari cepat!" kate mustapha. "oklah, terima kasih" balas munah.
perjalanan ke rumah maimunah mengambil masa selame 2o minit. mustapha membawa basikal selaju yang boleh untuk membolehkan maimunah sampai dgn segera, basikal yang ditunggang nye merentasi sawah - sawah yang terbentang luas. suasana yang nyaman itu dinikmati oleh mereka berdua.

"ok, dah sampai. eh munah! kau jangan cerita kat kawan2 kau aku kasi kau tumpang aku! tak cool laa aku nnti, janji tau?" bilang mustapha. "yalah mus, aku pon takde mase nak bercerita ttg ini." kata munah.
"kte jumpa lah bila2 yang aku rasa aku nak jmpe kau yee? bye bye!" kate mustapha.
maimunah terus memerhatikan perginya mustapha dari rumahnya dgn senyuman.

bersambung..

Cerita bermula.

kisah ini bukanlah berkisar mengenai mustapha maarof atau wan maimunah. sebelum aku diacukan ke muka pengadilan, hendaklah kalian semua tau bhw cerite ini hanyalah rekaan semata2 untuk seorg teman yang begitu eager utk membaca.

"Uweek uweeek" kedgran tangisan bayi di hening subuh yg dingin. "tahniah cik kalsom, anak awak berjantina perempuan dan bertahi lalat di pipi" kata seorg jururawat di sebuah klinik desa di kampung ceria. Pn Kalsom begitu teruja dgn kelahiran anak tunggalnya. Oleh kerana ketiadaan suami, Pn Kalsom tidak mungkin dpt melahirkan anak lagi, dah xde partner camne nak buat lg (18 above je bole bace). Pn Kalsom telah ditinggalkan suaminya. Suaminya pergi bersama perempuan yg berketurunan jawa sumatera ketika bekerja di sana. Pn Kalsom memeluk erat bayi yg dilahirkan pada jam 5:30 pg td. Lantas, bayi perempuan itu dinamakan Maimunah. Kelahiran Maimunah membawa sejuta impian kepada Pn Kalsom.